Penglibatan Kemasyarakatan dan Kerjaya Badrul_Hisham_Shaharin

Selain politik, Badrul juga mahir dalam bidang pemasaran dan perhubungan awam. Beliau adalah Pengurus Pemasaran dalam beberapa syarikat swasta semenjak tahun 2003. Badrul pernah terlibat dalam Gerakan Belia dan Kebudayaan Di peringkat kebangsaan dan negeri. Beliau pernah bersama sebagai tulang belakang Persatuan Seni Budaya NS, Anak Teater Seri Melewar, dan menjadi pengerak sebuah pertubuhan seni silat yang menjadi badan pendiri PESAKA di NS. Beliau juga pernah menerima beberapa anugerah kerana penglibatannya di dalam gerakan belia dan kebudayaan.

Penglibatan Badrul sebagai aktivis sosial berada di tahap kemuncak apabila beliau bersama-sama dengan beberapa orang teman menubuhkan Gerakan Demokrasi dan Anti- Korupsi (GERAK) yang dipimpin oleh Ezam Mohd Noor, bekas Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri. Namun apabila GERAK mampu bergerak aktif Badrul meletakkan jawatan sebagai Eksekutif Ko ordinator, agar memastikan GERAK benar bebas dari pengaruh politik

GERAK telah menjadi sebuah organisasi yang terkenal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam usaha memerangi rasuah. GERAK kini dianggotai oleh 10,000 orang sukarelawan dan bergiat di arena antarabangsa. Namun oleh kerana sebab yang amat mengecewakan GERAK yang mula membesar dan diterima dalam dan luar negara telah 'hancur' dengan sendirinya.